Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Gagal Pecah Dominasi Thailand, Pengendali Skuad Sepak Takraw Negara Mohon Maaf

Pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun memohon maaf kerana gagal menunaikan impian untuk memecahkan dominasi Thailand dalam acara regu berpasukan akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Ahad.

Memetik laporan Bernama, Ahmad Jais menganggap pertembungan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa itu menyaksikan negara masih kempunan untuk mengakhiri kemarau 33 tahun bergelar juara acara berpasukan memandangkan  skuad kebangsaan masih belum cukup lengkap daripada setiap aspek berbanding pasukan lawannya.

Foto: Bernama

Sukan SEA Manila 1991 merupakan kali terakhir Malaysia bergelar juara sebelum negara memerlukan tempoh yang lama untuk memecahkan penguasaan skuad Gajah Putih dalam sukan sepak takraw ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mewakili skuad kebangsaan, memohon maaf kepada semua penyokong kerana gagal menewaskan dominasi Thailand. Secara peribadi, saya melihat masih ada beberapa kekurangan dalam permainan terutama regu kedua dan ketiga.
“Itu antara punca kami gagal memberi saingan kepada pasukan Thailand. Kita perlu sedar bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya,” katanya ketika ditemui pada Ahad.

Foto: Bernama

Walau bagaimanapun,keputusan pada malam tersebut tidak mematahkan semangat bekas tekong negara ini untuk meneruskan perjuangan sekali gus bakal memperbaiki segala kekurangan pasukan bimbingannya bagi menghadapi kejohanan lain pada masa akan datang.

Difahamkan, Malaysia akan menghadapi satu lagi perlawanan besar yang akan diadakan di Bangkok iaitu Piala Raja Thai pada awal September depan.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Terdahulu, regu utama negara iaitu Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) meraih mata pertama buat negara ke atas Thailand 9-15, 15-11, 15-13.

Namun, pada perlawanan kedua, Thailand berjaya menyamakan kedudukan 1-1 sebelum mengakhiri perlawanan tersebut dan menjulang trofi Piala Dunia edisi keempat itu dengan kemenangan 15-12 dan 15-12.

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd