Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Gadis Raih ‘Golden Buzzer’ Dapat Perhatian Jokowi, Siap Nyanyi Di Istana

Umum sedia maklum seorang gadis dari Indonesia, Putri Ariani yang baru sahaja berusia 17 tahun yang telah berjaya membuka mata dunia apabila dia berjaya menerima ‘Golden Buzzer’ menerusi rancangan America’s Got Talent daripada juri, Simon Cowell, baru-baru ini.

Susulan itu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi telah menjemput Putri untuk mengunjungi istananya telah berjaya menarik perhatian ramai.

View this post on Instagram

A post shared by Joko Widodo (@jokowi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan juga, Putri turut mempersembahkan dua lagu ciptaannya sambil iringan Piano yang dimainkan sendiri bersebelahan dengan Jokowi.

“Penyanyi kebanggaan kita, Putri Ariani, bertandang ke istana siang tadi. Dia datang bersama kedua orang tuanya.
“Diperlihatkannya kepada saya tombol golden buzzer yang didapatnya dari juri America’s Got Talent 2023 di Amerika Syarikat. Putri juga menyanyikan dua lagu ciptaannya dengan iringan piano yang dimainkannya sendiri.

“Dalam waktu dekat, Putri Ariani akan berangkat ke Amerika Syarikat kerana terlibat dalam pertandingan tersebut pada bulan Ogos akan datang. Dari Tanah Air, saya dan seluruh rakyat tentu akan menyokongnya dengan sepenuh hati,” katanya.

Terdahulu, Putri yang juga mengalami kecacatan penglihatan (buta) telah berjaya membuka mata dunia apabila dia berjaya menerima ‘Golden Buzzer’ menerusi rancangan America’s Got Talent daripada juri, Simon Cowell.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @Jokowi

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd