Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Forensik Dedah Punca Sebenar Park Bo Ram Meninggal Dunia

Perkhidmatan Forensik Korea Selatan mendedahkan punca sebenar kematian penyanyi terkenal, Park Bo Ram yang dilaporkan meninggal dunia secara tiba-tiba pada 11 April lalu.

Menerusi laporan Koreaboo, Jabatan Polis Namyangju Selatan menjelaskan bahawa pihak mereka telah menerima laporan bedah siasat akhir daripada forensik yang menyatakan kematian penyanyi berusia 30 tahun itu disebabkan oleh keracunan alkohol akut.

Foto: Korea JoongAng Daily

“Park Bo-ram dianggap telah meninggal dunia akibat keracunan alkohol akut,” katanya pada hari ini.

Difahamkan, sewaktu kematian, pelantun lagu Celebpretty itu dilaporkan mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit hati berlemak dan luka hati.

Selain itu, pihak forensik mengungkapkan bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti lain yang berkemungkinan menjadi punca kepada kematian Bo Ram kecuali keracunan alkohol tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG Park Bo Ram

Bo Ram yang meninggal dunia selepas sejam dibawa ke hospital kerana jatuh pengsan itu didakwa telah berkongsi sebotol soju dengan dua lagi rakannya sebelum kejadian terbabit.

Sekadar info, Bo Ram mula dikenali ramai ketika dia menyertai uji bakat Superstar K2 sebelum tampil secara rasmi dengan lagu sulungnya iaitu Beautiful pada tahun 2014.

Sumber: Koreaboo 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd