Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Flat Rohingya : “Saya Mengaku, Salah Tetap Salah” – Anak Pemilik Tanah Tampil Perjelas, Minta Jangan Sebar Fitnah

Anak kepada pemilik tanah yang dikaitkan dengan kontroversi penempatan etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau tampil menjelaskan situasi sebenar susulan isu berkenaan yang tular dan mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai sejak beberapa hari lalu.

Individu berkenaan yang enggan dikenali menegaskan kehadirannya ke lokasi adalah bagi memberi kerjasama penuh serta memastikan segala tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Saya mengaku, salah tetap salah. Saya hadir untuk memperbetulkan segala kegusaran ini,” tegasnya.

Beliau berkata, sejak isu itu mendapat perhatian umum, beliau kerap berada di kawasan terbabit bagi menguruskan urusan berkaitan selain memastikan proses tindakan susulan berjalan mengikut ketetapan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya datang untuk memperbetulkan keadaan dan segala kegusaran yang timbul. Saya sedar apa yang berlaku dan saya mengaku, salah tetap salah,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa kesal terhadap penyebaran pelbagai dakwaan tidak tepat di media sosial yang menurutnya telah mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat serta memberi tekanan kepada ahli keluarga.

“Ahli keluarga saya sangat tertekan. Banyak cerita yang tidak benar disebarkan sehingga menjejaskan nama baik kami,” ujarnya.

Menurutnya lagi, keluarga kini sedang berdepan pelbagai kecaman awam meskipun usaha menyelesaikan isu tersebut sedang giat dijalankan mengikut saluran dan prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami menerima pelbagai reaksi dan kritikan, namun pada masa sama kami sedang berusaha menyelesaikan perkara ini mengikut segala panduan serta arahan pihak berkuasa tempatan,” jelasnya lagi.

Beliau memaklumkan bahawa proses pematuhan termasuk kerja-kerja pengosongan serta perobohan struktur di kawasan berkenaan sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menjejaskan usaha penyelesaian yang sedang dijalankan.

Artikel lain: Dikaitkan dengan Komuniti Rohingya, Flat Haram Di Sungai Tekali Akan Dirobohkan

Dalam masa sama, beliau turut mempertahankan peranan pihak berkuasa dengan menyatakan bahawa semua agensi berkaitan telah menjalankan tanggungjawab masing-masing secara berterusan.

“Kerajaan dan agensi berkaitan memang menjalankan tugas mereka. Pemeriksaan serta operasi sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Terdahulu, kerja-kerja perobohan struktur di kawasan penempatan berkenaan dilaporkan telah dimulakan selepas ia menjadi perhatian susulan dakwaan pembinaan tanpa kelulusan di atas sebahagian tanah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Najieb Ahmad Fuad)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

AirAsia tampil memohon maaf secara terbuka dan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih inklusif susulan insiden sebuah keluarga tidak dibenarkan meneruskan penerbangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd