Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Seram Bisikan Dosa Temui Penonton Di Pawagam 9 Januari Ini

Filem seram terbaharu bertajuk Bisikan Dosa terbitan Syarikat Yusrych Global Sdn Bhd akan menemui penonton di pawagam bermula 9 Januari 2025.

Di sebalik tabir Bisikan Dosa

'Bisikan Dosa'

Filem arahan Faizul A. Rashid itu menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Uqasha Senrose, Sara Ali, Farid Kamil, Che Puan Juliana Evans, Sherry Merlis, dan Syazuwan Hassan.

Menurut Yusry Makmor selaku Penerbit dan Pengasas Yusrych Global Sdn Bhd, filem tersebut mendapat sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan rakan strategik seperti Primeworks Studios, Media Prima Bhd, Empire Film Solution serta D’ Ayu Pictures sebagai pengedar antarabangsa.

“Filem seram adalah salah satu genre yang dinantikan penonton, penceritaan Bisikan Dosa adalah satu jalan cerita yang realistik, misalnya amalan syirik seperti mandi bunga masih diamalkan oleh sebilangan manusia tanpa mengira darjat dan keturunan walau dalam zaman yang serba moden kini,” katanya.

Sementara itu, Faizul berkata filem tersebut bukan sekadar naskhah seram biasa tetapi mempunyai jalan cerita yang menarik dan memerlukan penonton menontonnya hingga tamat untuk mengetahui kisah sebenar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Song Joong-ki Belajar Bahasa Sepanyol Demi Anak-Anak, Bukan Sekadar Tuntutan Filem

Pada masa sama, dia turut berpuas hati dengan lakonan yang ditampilkan oleh barisan-barisan pelakon dengan masing-masing menjiwai watak mereka dengan baik dan berkesan.

Bisikan Dosa mengisahkan watak Sarimah yang berpindah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baharu selepas kematian tragis anak kecilnya dan perceraian dengan suami yang curang.

Jalan cerita menjadi semakin menarik apabila Sarimah yang bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Ayden mula dihantui oleh roh Zara, arwah isteri Ayden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem berkenaan akan ditayangkan serentak di seluruh pawagam Malaysia, Singapura, dan Brunei.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd