Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Beradik Maut Pulang Beraya, Ibu Reda Pemergian Anak-Anak Tersayang

Keceriaan Syawal bertukar duka buat seorang ibu tunggal apabila dua anaknya maut dalam satu kemalangan di lampu isyarat Simpang Empat Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Nuraisyah Amalin Zaibur, 20, dan adiknya Ammar Saifullah, 15, dilaporkan terlibat dalam nahas ketika menunggang motosikal Honda selepas pulang beraya dari Bukit Tiram selepas motosikal mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam.

Foto: Sinar Harian

Ibu mangsa, Asilah Minhat, 38, berkata beliau reda dengan kehilangan dua anak tersayang meskipun masih dilanda kesedihan yang mendalam.

“Sebelum kejadian, dua anak saya ini tiada sebarang perubahan sikap…sama sahaja. Saya reda dengan pemergian mereka berdua, sudah puas menangis,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), hari ini.

Menurut Asilah, Nuraisyah Amalin baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), manakala adiknya, Ammar Saifullah merupakan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Ulu Tebrau.

Foto: FB Info-info semasa

Jenazah kedua-dua mangsa selamat dikebumikan selepas solat Zohor hari ini di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau.

Tragedi ini nyata menyentuh hati ramai, terutama ketika sambutan Aidilfitri masih lagi berlangsung, mengingatkan kita semua betapa nyawa itu pinjaman yang tiada ternilai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd