Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dr Dzulkefly Sedar Dan Insaf Dengan Keluhan Petugas KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyedari dan insaf terhadap isu keluhan pegawai perubatan sekali gus meminta untuk meneruskan kritikan bagi tindakan selanjutnya.

Menerusi perkongsian di X, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa insaf terhadap keluhan-keluhan berhubung isu kekurangan petugas kesihatan dari hari ke hari.

Foto: Bernama

Namun begitu, beliau telah menggesa Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan untuk mempercepatkan penempatan semula doktor pelatih (HO) ke hospital-hospital yang memerlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya amat sedar dan insaf dgn keluhan para petugas saban hari dan minggu.
“Namun ditegaskan, saya telah mengarahkan Dato KPK supaya segera menempatkan kembali HOs ke hospital-hospital daerah yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Dzulkefly yakin bahawa pihaknya bakal menerima lebih banyak aduan memandangkan terdapat 147 hospital KKM dan lebih 3000 klinik kesihatan di negara ini.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menegaskan bahawa tindakan seperti penambahbaikan bagi jangka masa sederhana dan panjang sedang dijalankan demi memastikan isu tersebut tidak melarat.

 “Teruskan menghantar maklum-balas dan kritikan. Hanya elakkan kata-kata yang mengundang dosa. Saya akan terus ambil perhatian dan bertindak, sementara meneruskan pelbagai Reform saya,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila pegawai perubatan menulis permohonan maaf kepada pesakit- pesakit yang terpaksa menunggu selama lima jam untuk berjumpa dengan doktor pada sebuah papan putih di sebuah hospital di Kedah.

Sumber : X @DrDzul

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd