Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dituduh Curi Duit Kerajaan, Tun Mahathir Minta Anwar Tunjuk Bukti

Tun Dr Mahathir Mohamad minta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tunjuk bukti susulan dakwaan beliau mencuri duit kerajaan ketika mentadbir negara, sebelum ini.

Menurut laporan UtusanTV, Tun Mahathir menegaskan beliau tidak pernah melakukan salah guna kuasa seperti mana yang didakwa oleh Anwar Ibrahim.

Jelasnya, tuduhan itu hanya bermotifkan dendam politik untuk menjatuhkan imejnya.

Tun Mahathir minta Anwar tunjuk bukti

Artikel lain: Tun Mahathir Dedah Sebab Tidak Menyukai Khairy Jamaluddin

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Umur saya sudah 98 tahun, kalau masuk penjara, akan mati dalam penjara. Selesai semua masalah.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim kata saya curi duit kerajaan. Setakat saya tahu, saya tidak curi. Kalau dia kata tahu saya curi, tunjukkan bukti.
“Dia tuduh saya ada berbilion, saya minta dia tarik balik, dia tidak tarik, saya minta jelas apa bukti yang dia ada saya curi duit, dia tidak memberi maklum balas.
“Saya bawa ke mahkamah, dia kata ada berkotak-kotak bukti, tunjuk la, boleh minta dari bank, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tunjuk bukti,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Mahathir turut mendakwa Anwar Ibrahim menggunakan undang-undang sedia ada untuk menakutkan orang ramai yang tidak menyokong kerajaan.

“Sedangkan ada individu yang ada 47 kes, prima facie, boleh lepas. Kalau kawan tarik balik, kalau lawan, yang tidak kena hukum gantung pun boleh kena hukum gantung.
“Ada satu wakil rakyat dahulu sokong kerajaan, OK. Bila tidak sokong kerajaan, nak kena sebat dua kali, ini semua sangat political, saya nak jelaskan, orang yang menentang kerajaan, akan dikenakan tindakan undang-undang,” ujarnya lagi.

Sumber: UtusanTV (Izzat Nasuruden)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd