Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

‘Disondol’ Superbike? Bapa Maut Terperosok Bawah Lori, Anak Luah Hiba – “Banyak Jasa Tak Sempat Balas”

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar Puteri pada pagi Selasa.

Menerusi beberapa siri hantaran di aplikasi Threads, pemuda dikenali sebagai Izzudin itu mengenang kehilangan bapanya menjelang sambutan Aidilfitri serta mengenang jasa Allahyarham.

“Ayah, kita sikit lagi nak raya sama-sama, namun takdir tak mengizinkan kita beraya bersama tahun ni. Banyak jasa ayah, Izz tak sempat balas. Semoga ayah ditempatkan di sisi orang yang beriman.
“Ayah baru saja merasa naik motor baru Izz, baru je hari tu nampak ayah gelak, harini Izz menangis dalam diam melihat keadaan ayah yang terkaku. Al-Fatihah,” tulisnya semalam.

Difahamkan, rakaman kamera papan pemuka atau dashcam kejadian itu tular di media sosial yang memaparkan arwah dilihat cuba untuk memperlahankan motosikalnya bagi melalui sebelah kiri lori tersebut.

Namun ‘disondol’ oleh sebuah motosikal lain yang dikatakan superbike dari arah belakang sebelum terjatuh di atas jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan tular video itu, Izzudin memohon jasa warganet supaya menurunkan rakaman berkenaan kerana ia melibatkan maruah dan menutup aib arwah bapanya.

Minta padam video ni – Izzudin

Sementara itu, Izzudin turut memaklumkan bahawa jenazah arwah bapanya selamat dikebumikan di Pontian Kechil malam tadi selain berterima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham.

Terima kasih yang mendoakan

Sumber: Threads @_izdnazr

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd