Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Dipersoal Tentang Hasil Pelaburan, Ini Respon Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi respon netizen yang mempersoalkan hasil dilakukan susulan pengumuman pelaburan negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Dipersoal tentang hasil pelaburan

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, beliau memaklumkan ia bukan satu perkara mudah sebaliknya pelbagai proses perlu dilakukan yang mengambil masa beberapa bulan.

“Ya lah. Bila pelaburan tu lulus, bukan esok dah boleh buka kilang. Nak kena beli tanah, bina kilang, kemudian nak beli dan pasang peralatan kompleks lagi.
“Projek perkilangan secara umumnya akan mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk siap. Macam orang selalu kata, hari ni nikah takkan esok terus dapat anak?,” tulisnya pada Isnin.

Tengku Zafrul berkata, bagaimanapun, 50.1% projek yang diluluskan pada tahun 2023 telah mencapai peringkat dilaksanakan.

Artikel lain: Kurangkan Perpecahan Ekonomi Global, APEC Tidak Boleh Goyah – Tengku Zafrul

“Insya-Allah, MITI dan MIDA akan berusaha meningkatkan kadar pelaksanaannya,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara mengumumkan Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM329.5 bilion tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X Tengku Zafrul

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd