Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dikatakan Sedang Bercinta, Kekasih Baru Johnny Depp Masih Isteri Orang?

Sejak perbicaraan kes penceraian aktor Hollywood terkenal, Johnny Depp  berlangsung, peguam wanita yang sering ada dengannya telah menjadi sorotan peminat dan juga media.

Mereka membuat andaian bahawa pelakon terbabit menjalinkan hubungan dengan bekas peguamnya, Joelle Rich apabila kerap kelihatan bersama.

Hati sudah ditambat sejak awal tahun

Menerusi laporan dari  E! News, walaupun bukan Rich yang mewakili kes terbaru saman fitnah membabitkan bekas isterinya, Amber Heard, ramai yang gembira dengan perhubungan mereka.

Difahamkan, ketika kes mahkamah melibatkan Depp sedang berlangsung pada awal tahun ini, hati Depp telahpun ditambat Rich, 37, yang juga merupakan seorang ibu kepada dua cahaya mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Status kekasih jadi persoalan

Walaupun sering bersama, namun ramai yang tidak menyedari keakraban mereka sehinggalah ada sumber terdekat mendedahkan pada awal perhubungan pasangan tersebut ada berjumpa secara sembunyi di hotel bagi mengelakkan cinta mereka terbongkar.

Namun, apa yang menjadi persoalan kini adalah status wanita tersebut yang dikatakan masih isteri orang kerana proses perceraiannya  dengan pengarah sebuah syarikat kewangan, Jonathan Rich yang dikahwini pada Julai 2011 sedang berjalan.

Untuk rekod, Rich adalah peguam yang berpangkalan di London dan mewakili Depp dalam tuntutan kes fitnah terhadap The Sun di mahkamah di United Kingdom pada 2018.

Dia juga menjadi sebahagian pasukan undang-undang Depp yang memfailkan saman terhadap tabloid Britain itu atas tuduhan melabelnya sebagai kaki pukul isteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: E! News

 

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd