Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dikaitkan dengan Komuniti Rohingya, Flat Haram Di Sungai Tekali Akan Dirobohkan

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan undang-undang.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim berkata, hasil semakan mendapati struktur kediaman bertingkat itu dibina di atas tanah milik individu, manakala sebahagian lagi didirikan secara tidak sah di atas rizab jalan dan sungai.

Menurutnya, pelbagai tindakan penguatkuasaan telah diambil sejak 2017, namun isu berkenaan masih berulang.

“Untuk rekod, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat sudah mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah kepada pemilik struktur kediaman terbabit pada tahun 2017, 2020, 2021 dan yang terkini pada 13 Mac 2025.
“Malah, satu operasi perobohan bersepadu pernah dilaksanakan pada tahun 2017 membabitkan pelbagai agensi termasuk PDT Hulu Langat, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya.

Kredit Foto: Harian Metro | Muhamd Lokman Khairi

Beliau berkata, MPKj turut mengeluarkan notis dan tawaran kompaun pada 2019, 2020 dan 2021 atas kesalahan mendirikan bangunan tanpa kebenaran bertulis mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“LUAS juga membuka kertas siasatan pada tahun lalu mengikut Seksyen 43(4) dan Seksyen 70(3) Enakmen LUAS 1999 terhadap pihak yang dipercayai bertanggungjawab mendirikan struktur tanpa kebenaran.
“Jika disabitkan kesalahan, pihak yang terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Mohd Jusni berkata, tindakan penguatkuasaan turut membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia yang menyertai operasi bersama PDRM menerusi Ops Kutip pada 28 Februari tahun lalu, dengan penahanan 42 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bangunan kediaman bertingkat yang tular di media sosial itu akan dirobohkan sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berhubung bangunan kediaman bertingkat yang dimaksudkan, satu tindakan perobohan akan dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.
“PDT Hulu Langat bersama semua agensi penguatkuasaan daerah sentiasa komited dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan berlandaskan lunas undang-undang yang berkuat kuasa,”ujar beliau.

Artikel lain: SPRM Digesa Siasat Flat 4 Tingkat Warga Asing, Bimbang Ada Unsur Salah Guna Kuasa

Terdahulu, tular video memaparkan penyampai radio, Azad Jasmin atau dikenali sebagai Pak Azad mendedahkan kewujudan ‘flat’ empat tingkat yang uzur serta sambungan paip air dan pendawaian elektrik mencurigakan dipercayai didiami komuniti Rohingya di kawasan tersebut.

@ezanybudakbaik_

“Flat buatan sendiri rohingya? Betul ke..apa dah jadi ni 🤔 Katanya Pak Azad jumpa Flat Haram ni kat Sungai Tekali Hulu Langat, Selangor.” Kredit Threads : Radar Bae Link: https://www.threads.com/@radar_bae/post/DZUFfmCiWXo?xmt=AQG0MsNMHVqeYcixiQv9fjGUeN8XnZ4Kb9xCtZX51SA0n8av9zvBbbeaJTv2Bg3usdjIA4eO&slof=1 #fyp

♬ original sound – ezanybudakbaik_ – ezanybudakbaik_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjauan mendapati unit kediaman terbabit disewakan kepada warga asing sejak 2016 dengan kadar RM600 hingga RM700 sebulan.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Sukan

Penyerang import berbisa, Heberty Fernandes sah menamatkan perkhidmatannya bersama juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas hampir tiga musim menyarung...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd