Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Digesa Siasat Flat 4 Tingkat Warga Asing, Bimbang Ada Unsur Salah Guna Kuasa

Kewujudan sebuah bangunan empat tingkat yang didakwa dibina secara haram oleh warga asing di Sungai Tekali, Hulu Langat mengundang perhatian apabila Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap isu berkenaan.

Perlu segera siasat

Memetik laporan daripada Berita Harian, Presiden MCW, Jais Abdul Karim menyatakan selain SPRM, beberapa agensi lain termasuk Pejabat Daerah, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut perlu mengambil tindakan bagi menyiasat status sebenar bangunan tersebut.

Pernah diserbu tapi kenapa masih wujud

Menurut beliau, premis berkenaan pernah diserbu menerusi operasi bersepadu pada Februari tahun lalu yang membawa kepada penahanan puluhan warga asing.

Namun, persoalan utama yang timbul adalah bagaimana bangunan berkenaan masih wujud dan isu itu terus berlarutan sehingga kini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sekiranya bangunan itu dibina tanpa kelulusan pelan bangunan, kebenaran merancang, sijil keselamatan atau kelulusan pihak berkuasa tempatan, MCW mempersoalkan bagaimana sebuah struktur bersaiz besar boleh wujud dan beroperasi dalam tempoh yang lama tanpa tindakan berkesan daripada pihak berkuasa berkaitan, “ ujarnya.

Jais turut menggesa laporan mengenai status sebenar bangunan itu didedahkan kepada orang ramai bagi mengelakkan timbulnya spekulasi dan sentimen perkauman.

“MCW menegaskan bahawa isu sebenar yang perlu diberi perhatian bukanlah soal kaum atau etnik semata-mata.
“Sebaliknya persoalan integriti tadbir urus, penguatkuasaan undang-undang, keselamatan bangunan dan kemungkinan berlakunya kecuaian atau salah guna kuasa oleh pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak tanpa mengira status kewarganegaraan perlu mematuhi undang-undang negara dan kegagalan bertindak tegas hanya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan.

Terdahulu, isu itu menjadi tular selepas penyampai radio dan pelakon, Pak Azad berkongsi rakaman video memaparkan sebuah bangunan menyerupai flat empat tingkat yang didakwa dibina secara tidak sah di kawasan terpencil di Sungai Tekali.

Sumber: Berita Harian (Farah Marshita Abdul Patah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd