Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dicky Yau Tunai Janji! Nekad Serah RM3,000 Meski Ditolak ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian wang hasil ‘gift’ TikTok.

Menurut beliau, Dicky menghubunginya untuk bertemu dan menyerahkan RM3,000 daripada keseluruhan RM5,000 yang diterima menerusi siaran langsung sebelum ini.

Abang Usop pada awalnya menolak pemberian tersebut dan menasihatkan agar wang berkenaan digunakan bagi keperluan anak lelaki itu, termasuk perbelanjaan persekolahan.

“Tak payahlah bagi saya, kamu buat belanja anak kamu sahaja,”ujarnya.

Bagaimanapun, individu terbabit tetap berhasrat untuk menunaikan janji yang dibuat, sekali gus mendorong Abang Usop mendapatkan pandangan isterinya sebelum membuat keputusan lanjut.

Beliau kemudiannya bersetuju menerima wang tersebut sebagai amanah untuk disalurkan semula kepada anak Dicky, selain menegaskan komitmennya dalam menguruskan sumbangan dengan penuh tanggungjawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya cuma jalankan amanah orang infak, duit ini bukan boleh main-main kerana bimbang disalahgunakan,” kongsinya menerusi sebuah hantaran di Facebook, hari ini.

Artikel lain: Terharu Staf Dibantu, Majikan Dicky Yau Ucap Terima kasih Ke ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’

Dalam pada itu, Abang Usop turut memaklumkan bahawa beliau tidak berhasrat menyimpan wang infak dalam jumlah besar bagi mengelakkan salah faham serta risiko penyalahgunaan.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian warganet yang melihatnya sebagai contoh nilai amanah dan kepercayaan dalam membantu golongan memerlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd