Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Terharu Staf Dibantu, Majikan Dicky Yau Ucap Terima kasih Ke ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah.

Menerusi perkongsian di Facebook, pengendali akaun restoran Galah Gala Seafood Restaurant telah mempelawa orang ramai untuk datang ke restoran mereka dan berjanji akan memberikan layanan serta menghidangkan makanan dengan cukup terliti.

Terima kasih Abang Minyak Hitam Jalanan

Dalam pada masa yang sama, pihak restoran juga mengakui terharu dengan kemuliaan pemuda terbabit apabila tidak menerima langsung bayaran daripada Dicky Yau yang ketika itu juga mengalami kekurangan wang.

“Terima kasih kepada abang @minyakhitamjalanan kerana membantu Dicky pada saat paling diperlukan,”
“Kalau anda datang, kami akan pastikan setiap hidangan disediakan sebaik mungkin, penuh teliti dan dari hati,” tulisnya.

Dicky Yau seorang staf yang bekerja keras

Dalam pada masa yang sama, pihak restoran menyifatkan Dicky seorang yang sangat rajin dan bekerja keras setiap hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka memaklumkan ramai yang telah menyatakan sokongan kepada Dicky dan akui sangat terharu dengan hal itu.

“Ramai yang kata mereka nak datang untuk menyokong staf kami, Dicky. Kami benar-benar terharu,” ujarnya.

Di akhir perkongsian tersebut, pihak Galah Gala Restaurant menyatakan setiap sokongan yang diberikan kepada staf mereka akan disampaikan dan sangat gembira dengan kata-kata positif.

Terdahulu, video yang dikongsikan Minyak Hitam Jalanan sangat menyetuh hati apabila membantu seorang pemuda berbangsa Cina dalam kesukaran apabila motosikal miliknya mengalami masalah sewaktu dalam perjalanan pulang usai dari tempat kerja.

Apa yang membuat ramai sebak adalah tindakan Abang Minyak Hitam Jalanan yang enggan menerima bayaran selepas melihat baki wang yang ada di akaun Dicky.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dicky yang terlihat sebak sempat bersalaman dan memeluk individu yang membantunya sebelum membuat siaran langsung di TikTok menceritakan apa yang berlaku.

Dia memaklumkan setiap kiriman ‘gift’ yang diterima sewaktu bersiaran langsung akan diberikan kepada Abang Minyak Hitam Jalanan supaya individu terbabit akan dapat membantu lebih ramai orang lain.

Sumber: Facebook Galah Gala Restaurant

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd