Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dibuang Adidas, Kanye West Kini Dihalau Keluar Dari Ibu Pejabat Skechers

Selepas dibuang oleh syarikat jenama Adidas, penyanyi rap, Kanye West kini dikatakan sedang membuka langkah mencari rakan niaga baharu.

Bagaimanapun, cubaannya untuk menjalinkan kerjasama bersama jenama Skechers akhirnya mengundang padah apabila dia dihalau keluar dari pejabat urusan itu sendiri.

Difahamkan, kehadiran Kanye West atau kini dikenali Ye adalah tidak diundang selain tidak menerima mana-mana notis daripada Skechers.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Skechers dalam satu kenyataan di mana ia menyatakan dua orang pegawai mereka membawa  Ye keluar dari pejabat tersebut selepas dia membuat rakaman tanpa kebenaran di premis berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Skechers tidak mempertimbangkan atau berminat untuk bekerjasama dengan West,” kata pihak Skechers dalam satu kenyataan.

Selain Adidas dan Skechers, terdapat beberapa jenama lain telah menamatkan kerjasama bersama Ye iaitu Gap, Balenciaga dan Foot Locker.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, wakil daripada Ye masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kenyataan tentang keadaan kesihatan mental bekas suami bintang tersohor, Kim Kardashian perihal beberapa perkongsian di media sosial miliknya.

Malah, Ye juga kehilangan status billionaire yang dipegangnya sebelum ini selepas tamatnya kontrak bersama Adidas serta-merta.

“Adidas tidak bertolak ansur dengan komen kebencian. Komen dan tindakan Ye baru-baru ini tidak boleh diterima, penuh kebencian, berbahaya dan ia melanggar nilai kepelbagaian dan polisi syarikat agar saling menghormati,” kata wakil Adidas susulan kenyataan anti Yahudi dibuat oleh penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, Ye dilihat kekal bertenang dan cuba berfikiran positif dengan apa yang berlaku terhadap dirinya.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Ye (@kanyewest)

Sumber: NBC, Instagram @kanyewest

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd