Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Deria Kaki Tak Dapat Rasa, Hulk Hogan Terpaksa Pakai Tongkat

Siapa sangka, lagenda WWE Hulk Hogan telah mengejutkan ramai apabila dia dikatakan menggunakan tongkat untuk beberapa hari sahaja kerana kakinya tidak lagi dirasai selepas menjalani pembedahan di bahagian belakang.

Difahamkan, Hogan ada memaklumkan perkara tersebut kepada rakan seperjuangannya, Kurt Angle ketika di sebuah majlis yang memberitahu kakinya tidak mempunyai apa-apa deriadan disebabkan itulah dia mengambil keputusan untuk memakai tongkat.

Bagaimanapun, Angle menegaskan bahawa keadaan kesihatan juara dunia 12 kali itu masih dalam keadaan baik dan tidak lumpuh.

Malah, Pemenang pingat emas Olimpik 1996 itu berkata di The Kurt Angle Show turut memberitahu bahawa Hogan dipercayai bakal menjalani pembedahan bahagian belakang badannya sekali lagi kelak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saraf bahagian bawah badannya dipotong. Dia tidak dapat merasakan bahagian bawah badannya. Jadi dia menggunakan tongkatnya untuk berjalan.
“Saya ingatkan dia menggunakan tongkat itu kerana mengalami sakit di bahagian belakang. Dia tidak berasa sakit. Dia tidak dapat merasakan apa-apa.” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Lokal

Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bersama rakan kongsinya, Datuk Norliza Tajuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd