Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Demi Milo Tabur & Lepak Mamak, Jackson Wang Bakal Kembali Ke Malaysia Disember Ini

Kemeriahan festival Good Vibes Weekenders di Surf Beach, Sunway Lagoon pada Jumaat lalu masih belum reda di kalangan peminat penyanyi aktif di Korea Selatan, yang berasal dari Hong Kong iaitu Jackson Wang.

Mana tidaknya, aksi lincah dan keramahan selebriti berusia 28 tahun itu membuatkan ramai peminat tidak dapat melupakan kenangan manis bertemu dengan idola kesayangan walaupun Jackson sudah pulang ke negara asal.

Bagaimanapun, pelatun lagu Leave Me Loving You (LMLY) itu berkata dia akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Selain itu, dia  berterima kasih kepada peminat kerana mencadangkan pergi ‘lepak’ dan makan di kedai Mamak sebaik sahaja tamatnya persembahan.

Milo tabur trending sebab Jackson Wang

Menariknya, antara banyak hantaran foto dikongsikan oleh Jackson di media sosial miliknya sewaktu membuat persembahan di negara ini, minuman ‘milo tabur’ atau Milo Dinosaur berjaya menarik perhatian ramai sehingga trending di Twitter.

Gambar milo tabur itu jelas menunjukkan penyanyi itu benar-benar pergi ke kedai Mamak walaupun pada keesokan harinya.

Jackson Wang Magicman World Tour

Hari ini, Jackson Wang mengumumkan dia akan datang ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert jelajah dunia iaitu Magic Man World Tour yang akan berlangsung pada 17 Disember ini menerusi platform media sosial seperti Twitter dan Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Kuala Lumpur, Jackson bakal membuat konsert jelajah di beberapa negara seperti Bangkok, Singapura, London, Paris dan Dubai berdasarkan tarikh dinyatakan dalam poster tersebut.

Susulan itu, ada peminat mengatakan kehadiran Jackson pada Disember nanti pasti lebih bermakna sekiranya dia dapat menikmati minuman milo tabur di kedai mamak.

Sumber: Twitter @JacksonWang852 & search 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd