Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Demi Bahagiakan Isteri, Suami Habiskan RM11,000 Bawa Isteri Tengok Konsert Taylor Swift

Seorang suami menghabiskan puluhan ribu demi membahagiakan isterinya yang mahu pergi ke konsert The Eras Tour Taylor Swift di Singapura.

Suami kepada pempengaruh Indonesia, Ulfa Merdeka iaitu Hendra Outside menjadi bualan netizen, semuanya gara-gara baju yang dipakainya.

Baju-T putih yang disarung oelh Hendra memaparkan kos keseluruhan yang dibelanjakannya untuk membawa isteri menyaksikan konsert tersebut.

Pada bahagian hadapan baju tersebut, terdapat tulisan berbunyi “Saya bukan Swiftie, tetapi mahu membahagiakan isteri saya’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

konsert Taylor Swift

Apa yang menarik perhatian, bahagian belakang baju tersebut terpampang pecahan penuh perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pasangan itu.

Berdasarkan perincian bajet yang ditulis termasuklah harga kos tiket 21.5 juta rupiah (RM6,478); tiket kapal terbang dari Surabaya ke Singapura – 7 juta rupiah (RM2,109) selain penginapan hotel untuk 1 malam – 3.8 juta rupiah (RM1,142).

konsert Taylor Swift

Artikel lain: Konsert Taylor Swift: Singapura Jana Untung RM1.7 Bilion Dalam 8 Hari

Perbelanjaan lain yang turut diperincikan ialah makan dan minum – 3.8 juta rupiah (RM1,144); baju si isteri – 1 juta rupiah (RM 301); cenderamata – 1 juta rupiah (RM301), baju-T khas – 50 ribu rupiah (RM15).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keseluruhannya, jumlah wang yang dibelanjakan Hendra adalah sebanyak 38,150,000 rupiah atau bersamaan kira-kira RM11,500.

Difahamkan, konsert Taylor Swift yang diadakan di Singapura menjana keuntungan mencecah RM1.7 bilion dalam masa lapan hari.

Singapura merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang dikunjungi dan sekali gus memacu sektor ekonomi lain, termasuk restoran, pusat beli-belah dan destinasi pelancongan di negara terbabit.

Sumber: Tribunnews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd