Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Konsert Taylor Swift: Singapura Jana Untung RM1.7 Bilion Dalam 8 Hari

Konsert Taylor Swift yang diadakan di Singapura nampaknya menjana keuntungan mencecah RM1.7 bilion dalam masa lapan hari.

Satu-satunya di Asia Tenggara

Memetik laporan dari CNBC, konsert Taylor Swift: The Eras Tour 2024 telah menjadikan Singapura satu-satunya negara di Asia Tenggara yang dikunjungi.

Berlaku lonjakan ekonomi di beberapa industri

Difahamkan, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan yang impak konsert itu dapat dirasai dari awal apabila berlaku  lonjakan 10% dalam tempahan hotel.

Dianggarkan konsert itu akan memberi sumbangan ekonomi yang besar, dengan jangkaan keuntungan antara AS$260.3 juta hingga AS$371.9 juta, atau sekitar RM1.2 bilion hingga RM1.7 bilion susulan kehadiran peminat-peminat penyanyi berkenaan dari luar negara  terutamanya negara tetangga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak hanya itu, kehadiran penyanyi asal Amerika Syarikat itu turut memacu sektor ekonomi lain, termasuk restoran, pusat beli-belah dan destinasi pelancongan di Singapura.

Sektor penerbangan dan perhotelan juga menerima impak positif apabila pihak Singapore Airlines serta Scoot memaklumkan yang berlaku peningkatan dalam tempahan tiket dan penginapan.

Difahamkan, dengan penganjuran konsert tersebut industri hiburan negara berkenaan telah membantu mempelbagaikan ekonomi negara sekali gus menyumbang sehingga 10% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sumber: CNBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd