Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Dalam Masa 24 Jam, Azizulhasni Awang Naik Podium Dua Kali Di Jepun

Pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjaya menaiki podium buat kali kedua selepas memenangi acara peringkat akhir keirin lelaki semasa Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu, Shizouka.

Memetik laporan Bernama, Azizul akur dengan kehebatan dua pelumba tuan rumah iaitu Kaiya Ota dan Kento Yamasaki yang masing-masing meraih pingat emas serta perak bagi acara pecut, semalam.

Foto: FB Azizulhasni

Walau bagaimanapun, jaguh trek berusia 36 tahun itu dilaporkan telah berjaya menempatkan dirinya di tempat ketiga sekali gus meraih pingat gangsa bagi acara berkenaan meskipun strateginya dapat dihidu oleh pihak lawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal meraih tempat ke peringkat akhir bagi acara tersebut apabila beliau menduduki tempat kelapan pada saingan tempat ketujuh hingga 12.

Foto: FB Azizulhasni

Pada masa yang sama, meskipun tidak berjaya ke peringkat seterusnya, namun atlet muda wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri telah berjaya mendominasi perlumbaan tempat ketujuh hingga 12 dalam acara keirin wanita.

Ketiga-tiga pelumba basikal trek negara itu dapat menjadikan perlumbaan di Jepun ini sebagai persediaan buat mereka untuk menghadapi cabaran di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Lokal

Anak kepada pemilik tanah yang dikaitkan dengan kontroversi penempatan etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau tampil menjelaskan situasi sebenar susulan isu berkenaan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd