Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwaan Kemuka Tuntutan Palsu, Anak MB Perlis Mengaku Tidak Bersalah

Anak kepada Menteri Besar (MB) Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri yang didakwa mengemukakan tuntutan palsu melebihi RM19,00o mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Salha Hamzah, tertuduh yang berusia 35 tahun itu telah meminta untuk dibicarakan.

Foto: NSTP

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syafeeq dikatakan mempunyai niat untuk memperdaya dengan mengemukakan dokumen pesanan bekalan perkhidmatan kerajaan negeri Perlis yang bernilai RM19,505.10 serta mengandungi butiran palsu pada 14 Februari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, dokumen atas nama Mohd Farid Abdul Hamid itu telah diserahkan oleh tertuduh kepada Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah iaitu Nurul Nabilah Mohd Shukri untuk perkhidmatan penyediaan minuman yang digunakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah.

Menurut laporan Buletin tv3, kesalahan berkenaan dilakukan di Pejabat Bahagian Pentadbiran Daerah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis pada 19 Februari 2024.

Foto: Bernama

Susulan itu, pendakwaan ini akan dilaksanakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama serta boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 jika didapati bersalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 28 Jun sekali gus membenarkan jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Sumber: Free Malaysia Today 

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd