Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dah Ada Anak Seorang, Park Shin Hye Tak Nampak Macam Mak Orang

Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Shin Hye menzahirkan ucapan terima kasih kepada para peminatnya yang tidak lupa akan hari lahirnya ke-33, baru-baru ini.

Difahamkan, ibu kepada seorang cahaya mata itu telah mencecah usia ke-33 pada 18 Februari lalu dan Park Shin Hye terharu akan sokongan para peminat terhadap dirinya selama ini sebagai penggiat seni.

Sebagai tanda penghargaan, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres itu di laman Instagramnya, dia mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menzahirkan ucapan hari lahir kepadanya.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by 박신혜/Shin Hye Park (@ssinz7)

“Terima kasih kepada semua yang meninggalkan ucapan selamat hari lahir. Terima kasih sebab selalu sokong saya walaupun saya tidak sempurna. Selain itu, terima kasih juga atas kasih sayang dan menceriakan semasa saya sedih,” katanya di ruangan kapsyen.

Tak nampak macam mak orang pun! Nampak muda

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang dengan menzahirkan ucapan hari lahir kepada Park Shin Hye.

Bukan itu sahaja, peminat turut tergamam dengan kecantikan yang dimiliki oleh Park Shin Hye meskipun dia sudah mempunyai seorang anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga berjaya selalu, kami sayang awak!

Dalam pada itu, peminat memaklumkan mereka tidak akan pernah henti menyokong Park Shin Hye sebagai penggiat seni dalam dunia hiburan dan sentiasa menjadi tulang belakangnya walau apa jua sekalipun.

Sekadar info, Park Shin Hye telah berkahwin dengan pelakon Choi Tae Joon pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: Instagram @ssinz7

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd