Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cuaca Panas, Kerajaan Sedia Isytihar Darurat Jika Keadaan Makin Teruk

Susulan cuaca panas melampau dialami negara pada ketika ini, kerajaan bersedia untuk mengisytiharkan darurat sekiranya perlu.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun perkara tersebut belum diputuskan lagi.

“Kita sedang membuat pemantauan 24 jam sehari dan kalau ada darurat, pengumuman akan dibuat. Buat masa ini belum lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Foto hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Zahid berkata, Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengisytiharan darurat akan digunakan sekiranya situasi panas itu berterusan.

“Sekarang kerajaan mengambil langkah proaktif dan tidak lagi (langkah) berjaga-jaga di dalam menangani cuaca panas,” ujarnya.

Sementara itu, antara langkah proaktif diambil adalah kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bagi melakukan pembenihan awan di tujuh empangan.

Ia melibatkan kawasan Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Dunia hari ini bukan lagi berdepan ancaman peperangan semata-mata. Serangan siber, perkembangan teknologi dan bencana alam juga boleh menggugat keselamatan sesebuah negara tanpa mengira...

Nasional

Seramai 1,899 anak muda kini melangkah keluar dari kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan pengalaman baharu, keyakinan diri yang semakin kukuh serta...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuka ruang kerjasama industri pertahanan antara syarikat Malaysia dan Perancis menerusi beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi,...

Nasional

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tampil memberikan penjelasan berhubung cadangan transaksi melibatkan Boustead Plantations Berhad (BPlant) selepas perkara itu mendapat perhatian menerusi laporan media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd