Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Cipta Sejarah! Peserta Remaja Muay Thai ‘Knockout’ Lawan Hanya 16 Saat

Peserta remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, telah mencipta rekod yang membanggakan apabila berjaya menewaskan pihak lawan dengan pukulan ‘knockout’ (KO) dalam siri ONE Championship di Stadium Tinju Lumpinee pada Jumaat malam.

Menurut laporan Bernama, Johan yang juga merupakan anak kelahiran Sarawak hanya mengambil masa 16 saat menumbangkan peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex dalam pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ untuk pusingan pertama.

Difahamkan, dia telah berjaya memerangkap Padetsuk dengan pukulan bertubi-tubi sehingga tidak mampu untuk meneruskan perlawanan.

“Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi diri saya untuk membuat debut pada ONE Championship dan kemenangan pukulan KO tidak dijangkakan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo turut menerima Baht 350,000 (RM44,000) sebagai ganjaran kerana menunjukkan prestasi yang baik. Jelasnya lagi, dia telah menjalani latihan selama sebulan demi persiapan untuk perlawanan ONE Championship tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sentiasa mahu bertarung dalam kejohanan ini…maka berlatih dengan gigih untuk mencapai hasrat ini. Saya berlatih kira-kira lapan jam sehari iaitu empat jam mulai jam 6 pagi dan empat jam pada sebelah petang mulai 4 petang.
“Usaha keras selama ini berbaloi. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih, Addy Singpayak, yang menjaga saya. Beliau adalah jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan saya berlatih secara konsisten,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Johari telah merangkul juara bagi Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 dengan membenamkan peserta dari Rusia, Rustam Yunusob, bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Sumber: Bernama 

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd