Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Chris Martin & Dakota Johnson Bertunang Selepas 6 Tahun Bercinta

Vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin akhirnya bertunang bersama aktres jelita, Dakota Johnson selepas enam tahun bercinta.

Menurut laporan The Mirror, sumber mengatakan pasangan tersebut merahsiakan berita pertunangan kepada umum bahkan, sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, pelakon filem 50 Shades of Grey itu dilihat menggayakan busana hijau zamrud dengan menyarung cincin pertunangan ketika meraikan ulang tahun kelahiran ke-34 di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Oktober tahun lalu.

Chris Martin bertunang

Artikel lain: Putera Mateen Dan Dayang Anisha Rasmi Bertunang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi satu temu bual bersama Bustle Magazine, Dakota meluahkan rasa teruja bakal menjadi ibu tiri kepada anak-anak Chris iaitu Apple dan Moses.

“Sekiranya saya berpeluang menjadi ibu, saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anak-anak,” katanya.

Sekadar info, Chris pernah mendirikan rumah tangga bersama Gwyneth pada Disember 2003, namun hubungan mereka berakhir pada 2014 dan bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Apple Blythe Alison Martin, 20, dan Moses Martin, 18 tahun.

Bagaimanapun, Chris telah menjalin hubungan cinta bersama Dakota pada tahun 2017 dan difahamkan telah mendapat restu daripada bekas bekas isteri dan anak-anak mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Mirror

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Dunia

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd