Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cemburu Punca Gadis Ditikam 61 Kali, Dipercayai Dibunuh Dalam Kereta Suspek

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan Kampung Padang Simah, di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditikam oleh teman lelakinya sendiri yang juga berusia 19 tahun selepas mendakwa mangsa menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Beliau berkata, suspek utama telah ditahan pada hari kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Katanya, kejadian dipercayai bermula daripada pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum berakhir dengan tragedi pembunuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Polis percaya cemburu adalah motif pembunuhan mangsa, yang mayatnya ditemukan di tepi jalan di Jalan Kampung Padang Simah berhampiran Ketereh.
“Siasatan awal menunjukkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang membawa kepada kematiannya.
“Dia dipercayai ditikam ketika berada di dalam kereta suspek.
“Dengan penangkapan suspek utama ini, polis percaya kes pembunuhan tersebut telah selesai,” katanya.

Artikel lain: Jenazah Gadis Ditikam 61 Kali Selamat Dikebumikan, Keluarga Mohon Ruang, Masih Terkejut

Dalam pada itu, polis turut menahan seorang lagi remaja yang merupakan rakan kepada mangsa, selain dua individu lain iaitu lelaki berusia 66 tahun dan wanita berusia 60 tahun yang merupakan ibu bapa kepada suspek bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan dua remaja yang juga suspek dalam kes itu telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro (Sharifah Mahsinah Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd