Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Celine Dion Bakal Muncul Pada Majlis Pembukaan Olimpik Paris 2024?

Penyanyi popular Canada, Celine Dion dikatakan bakal membuat kemunculan semula semasa majlis pembukaan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada esok.

Menurut satu laporan Mail Online, Dion, 56, dilaporkan dikerumuni oleh ramai peminat semasa baru tiba di sebuah hotel mewah di Paris pada Selesa, selepas didakwa akan beraksi dalam acara tersebut.

Foto: X Celine Dion

“Selepas janjinya untuk kembali membuat persembahan baru-baru ini, terdapat khabar angin yang tersebar dalam talian bahawa beliau boleh menyanyi semasa majlis perasmian itu,” katanya.

Sementara itu, Dion juga berkongsikan beberapa keping gambar dirinya sedang berada di Paris melalui satu hantaran di akaun X miliknya semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap kali saya kembali ke Paris, saya masih ingat terdapat banyak keindahan dan kegembiraan yang masih perlu dikecapi di dunia.

Foto: X Celine Dion

“Saya suka Paris, dan saya sangat gembira dapat kembali! Terima kasih kepada rakan-rakan hebat kami di The Louvre!,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau masih belum mengulas apa-apa berkaitan khabar angin tersebut dan terus menutup mulut berhubung persembahannya di Olimpik.

Dion yang pada awalnya memutuskan hanya untuk menangguhkan siri jelajah dunia ‘Courage’ sehingga pada musim bunga 2024, pemenang Golden Globe itu bagaimanapun telah mengumumkan untuk membatalkannnya terus Mei lalu.

Hal ini terkait dengan masalah kesihatan yang dialaminya sejak Disember 2022, yang mana Céline mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis sindrom orang kaku dengan gangguan saraf sehingga menyebabkan otot-otot menjadi kaku dan kekejangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Google

Untuk makluman, sekiranya Dion muncul semasa persembahan majlis pembukaan sukan Olimpik tersebut, maka ia akan menjadi kemunculan pertamanya di pentas nyanyian selepas didiagnosis penyakit berkenaan.

Sumber: Mail Online (Chikamso Chukwuenyem)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd