Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Nafas Lega Harimau Malaya, CAS Benarkan Tujuh Pemain Warisan Kembali Beraksi

CAS Benarkan Tujuh Pemain Warisan Kembali Beraksi

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain Harimau Malaya yang sebelum ini dikenakan hukuman oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain Harimau Malaya,” menurut kenyataan FAM.

CAS Benarkan Tujuh Pemain Warisan Kembali Beraksi

Tujuh pemain terbabit ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Keputusan tersebut menyaksikan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh FIFA ke atas pemain berkenaan ditangguhkan buat sementara waktu, sementara menunggu keputusan muktamad rayuan di CAS.

Susulan itu, kesemua pemain terbabit dibenarkan meneruskan karier profesional masing-masing serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak di peringkat kelab dan antarabangsa sepanjang tempoh penangguhan berkenaan.

Sebelum ini, imej FAM tercalar di mata dunia apabila FIFA mengenakan penggantungan dan denda terhadap tujuh pemain tersebut yang didakwa memalsukan dokumen kelahiran serta susur galur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini bagi membolehkan mereka mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

Artikel lain: FIFA Dedah Pasport Lima Pemain Warisan Lulus Pada Hari Yang Sama

Mereka masing-masing dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA, berkuat kuasa sejak September tahun lalu.

Selain penggantungan ke atas pemain, FAM turut dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta), manakala setiap pemain pula didenda CHF2,000 (RM10,000).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan CAS itu memberikan kelegaan sementara kepada kem bola sepak negara, sementara semua pihak menantikan keputusan akhir rayuan yang akan menentukan nasib tujuh pemain berkenaan serta implikasi lanjut terhadap FAM.

Sumber: FB Football Association of Malaysia

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kehadiran anggotanya di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini adalah semata-mata bagi tujuan kawalan...

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd