Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Capai Kata Sepakat, Britney Spears & Sam Asghari Dilaporkan Sah Bercerai

Selebriti Hollywood Britney Spears dan suaminya, Sam Asghari akhirnya sah bercerai setelah masing-masing mencapai kata sepakat.

Menerusi laporan portal AP News, Hakim Los Angeles County mengesahkan penceraian di antara Britney dengan pasangannya yang merupakan seorang aktor setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Foto: AP News

Difahamkan, penghakiman dibuat setelah pasangan itu memberitahu pihak mahkamah bahawa mereka mencapai kata sepakat selepas seminggu isu berlarutan yang membabitkan Britney dan bapanya diselesaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pasangan terbabit dilaporkan telah memfailkan kertas mahkamah pada Khamis manakala persetujuan untuk membahagikan aset dilakukan pada hari ini.

Foto: IG Britney Spears

Namun, Britney dan Sam tidak akan menerima sebarang sokongan pasangan pada masa hadapan meskipun pada petisyen awal suaminya itu telah tertulis bahawa dia bakal mendapatkan sokongan daripada segi kewangan.

Bagaimanapun, sekiranya terdapat pertikaian pada masa akan datang, kedua-dua selebriti ini perlu menyelesaikannya secara peribadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG Sam

Memandangkan tidak mempunyai cahaya mata bersama, mereka berdua tidak perlu membuat sebarang perjanjian berhubung hak penjagaananal.

Terdahulu, Britney dan Sam yang menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun telah memfailkan penceraian pada Ogos tahun lalu.

Sumber: AP News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd