Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Jangan Sekadar Kritik! Pakar Cabar Aktivis Rohingya Berkempen, Bawa Komuniti Keluar Malaysia

Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Salawati Mat Basir mempertahankan pendirian Malaysia berhubung isu pelarian Rohingya dan mengkritik kenyataan aktivis Rohingya, Noor Azizah, yang didakwanya mengemukakan fakta tidak tepat mengenai negara ini.

Menurut beliau, Malaysia tidak pernah mengiktiraf status pelarian dalam undang-undang domestik dan tiada definisi khusus mengenai pelarian diperuntukkan dalam perundangan negara.

“Dia memang tak sedar diri! Pada saya, pertama sekali, kita memang tak pernah pun mengiktiraf pelarian. Tak ada pernah pun definisi pelarian ada dalam undang-undang kita.
“Jadi, kalau kita bagi dia (Noor Azizah) berteduh, cukup baiklah dia berteduh. Betul tak? Dan, kalau dia tak suka Malaysia pun, dia dah seronok sangat dekat Australia, tak payahlah bagi fakta-fakta yang salah,” katanya.

Beliau turut mendakwa Noor Azizah mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi mendapatkan lebih banyak dana untuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diwakilinya.

Beliau berkata, individu yang ditahan pihak berkuasa pada peringkat awal kebiasaannya akan dihantar ke Baitul Mahabbah sebelum melalui proses seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memanglah pada mula-mula ni kita tangkap, lepas tu kita akan menghantar mereka ke Baitul Mahabbah.
“Maknanya dia (Noor Azizah) ni bercakap sebab dia nak dapatkan duit lebih banyak untuk NGO dia.
“Lagi satu, saya tengok dia ni dah berseronok-seronok dengan bekas Perdana Menteri Kanada, dah berseronok-seronok minum kat sana, dah berseronok merata-rata dunia,”tegas beliau.

Artikel lain: “Kami Sama-Sama Membesar Di Flat Sandakan” -Individu Dakwa Jiran Lama Aktivis Rohingya

Dalam pada itu, beliau menggesa Noor Azizah supaya menggunakan pengaruhnya untuk mendesak negara-negara Barat menerima lebih ramai pelarian Rohingya.

“Minta Norazizah ni kempen kepada Menteri Luar Australia, Penny Wong. Disebabkan dia (Azizah) dah gembira di Australia, dia pun dah berjalan sampai ke Kanada dengan Yasmin Ullah.

“Cakap dengan mereka, pergi jumpa pemimpin kalian. Minta pemimpin mereka dan mereka pun dah ada banyak sebab mendedahkan kerja-kerja terburuk Malaysia.
“Minta semua negara ambil 10,000 ke 15,000 orang Rohingya tu setahun. Jadi kalau Amerika Syarikat (AS) ambil 15,000, Kanada ambil 15,000, Australia ambil 15,000, kan dekat 50,000 berambus? Itu yang sebaiknya,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan keikhlasan pihak tertentu yang sering mengkritik Malaysia berhubung isu Rohingya.

“Sebab saya rasa mereka ni tiada niat pun nak bantu orang Rohingya di Malaysia ni.
“Apa yang mereka mahu adalah untuk terus kekal gembira di sana dengan duit sedekah daripada negara barat,”luah beliau.

Sumber: FB Utusan Online

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd