Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Larikan Diri! Zamri Vinoth Ke Thailand Urus Bisnes, Nikahkan Pasangan

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth berada di Thailand pada 9 Mac lalu bukan untuk melarikan diri, sebaliknya untuk urusan bisnes dan menguruskan perkahwinan pasangan, lapor BH Online.

Peguamnya, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, Zamri kembali ke Malaysia pada 12 Mac, selepas empat hari berada di luar negara.

Beliau menegaskan bahawa lelaki berusia 42 tahun itu tidak pernah menerima sebarang notis yang memerlukan hadir ke balai polis atau dihadapkan dengan pertuduhan sehingga menghalangnya daripada keluar negara.

“Ini bukan kali pertama dia ke Thailand sebaliknya kerap keluar masuk sejak sembilan tahun lalu.
“Dia juga terbabit dalam menguruskan pernikahan pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan di luar negara, yang mana ia kerjasama baik antara Majlis Agama Islam Songkla, Thailand dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis,” katanya.

Foto: FMT

Muhammad Hariz berkata, anak guamnya memasuki Thailand pada 9 Mac dan pulang ke Malaysia pada 12 Mac, sehari sebelum Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa Zamri melarikan diri.

Beliau berkata bahawa tanpa sebarang bukti yang sah, Zamri berhak bergerak ke mana sahaja termasuk urusan perniagaan di Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Untuk rekod pas sempadan dan pasport anak guam, menunjukkan dia keluar masuk Thailand sejak 2017. Dia keluar masuk Thailand atas urusan perniagaan pakaian terpakai yang memerlukan dia masuk untuk mengambil stok.
“Yang Arif, saya serahkan kepada budi bicara mahkamah kerana tujuan jaminan adalah memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan bukannya untuk mengenakan beban yang keterlaluan kepada tertuduh.
“Saya juga ingin memaklumkan bahawa pada peringkat ini kita tidak menyentuh mengenai merit kes kerana perkara itu akan diputuskan oleh mahkamah pada perbicaraan nanti.
“Pada peringkat ini mahkamah hanya menetapkan jaminan bagi memastikan kehadiran tertuduh,” katanya kepada majistret.

Foto: BH Online

Tambahnya, kehadiran Zamri di mahkamah hari ini bukan kerana ditahan oleh polis atau mana-mana pihak berkuasa, sebaliknya hadir secara sukarela dengan kerjasama penuh.

Beliau menambah, tujuan kehadiran itu adalah untuk menghadapi pertuduhan dan membersihkan nama Zamri melalui proses mahkamah.

Sumber: BH Online (Ahmad Johari Mohd Ali)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd