Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Budak 11 Tahun Jadi Peserta Termuda Di Pentas Hafazan Kebangsaan

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil di Kuala Krai, Kelantan, menjadi peserta termuda Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kebangsaan (MTHQK) 2023, Wiedaad Izzaddiin ternyata telah berjaya membuka mata orang ramai.

Menurut laporan Harian Metro, Wiedaad tidak pernah menyangka sama sekali akan menyertai pertandingan tersebut memandangkan dia hanya  berjinak-jinak menghafal al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar 2020.

Difahamkan, Wiedaad yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dalam keluarga telah  mengikuti pengajian di Akademi Al-Quran Amalillah di Terengganu dan berjaya menghafaz 30 juzuk kitab suci itu dalam masa setahun.

Wiedaad yang mendalami bidang hafazan di Maahad Tahfiz Barniyah Puteri di Tanah Merah, Kelantan telah meraih pencapaian yang apabila bergelar johan hafazan kategori wanita peringkat negeri pada April lalu seterusnya mewakili Kelantan pada peringkat kebangsaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semalam saya diminta juri menyambung bacaan dari surah Ali Imran dan at-Taubah Alhamdulillah saya dapat baca keseluruhan ayat dengan lancar dan saya tidak meletakkan sasaran untuk menang kerana pengalaman yang ditimba sudah cukup bermakna.
“Bagi saya seseorang itu perlu tahu kisah surah yang dibaca supaya lebih menghayati dan kalau sekadar hafal rasa macam tak kena pula bacaan.
“Dalam hal ini, cabaran yang saya hadapi ialah harus melawan rasa putus asa untuk terus kekal menghafaz al-Quran,” katanya.

Dalam pada itu, demi mengimbangkan pendidikannya, Wiedad telah kembali bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil dan berharap dapat bersekolah di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah pada peringkat sekolah menengah.

Sumber: Harian Metro (Siti Aminah Mohd Yusof)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd