Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Buat PhD Di Luar Negara, Gadis Gigih Cari Rezeki Sebagai Tukang Cuci

Seorang gadis gigih mencari rezeki sebagai tukang cuci sambil melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di England.

Menerusi perkongsian @ildsyf di TikTok, dapat dilihat pemilik video tersebut yang juga dikenali sebagai Izzah memulakan tugas hariannya di waktu pagi sebagai tukang cuci, manakala bergelar pelajar pada waktu petang.

@ildsyf

Pagi kerja cleaner, petang PhD student πŸ‡¬πŸ‡§ #phdlife #bristoluni #malaysian

♬ bunyi asal – π— π—Άπ—»π˜‡ π—Ÿπ˜†π—Ώπ—Άπ—°π˜€ – π— π—Άπ—»π˜‡ π—Ÿπ˜†π—Ώπ—Άπ—°π˜€

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tersebut, kelihatan Izzah yang memakai pakaian seragam sedang menyapu dan membersihkan tong sampah di sebuah kawasan.

Pada masa yang sama, gadis berkenaan dilihat mengumpulkan sampah-sampah yang penuh di dalam tong sampah lalu menggantikannya dengan plastik baharu.

Sementara itu, pelajar yang menuntut di University of Bristol ini turut berkongsi beberapa buah video yang memperlihatkan perjalanannya sebagai seorang pelajar PhD di negara berkenaan.

@ildsyf

Alhamdulillah for the blessing β™₯️ #phdlife #bristoluni #malaysian

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Originalton – _speed.nasheeds_

Video tersebut memperlihatkan Izzah berkongsi suasana ketika menghadiri kelas di dewan kuliah serta aktiviti menyiapkan tugasan di perpustakaan universiti tersebut.

@ildsyf

Rindu matahari πŸ˜‚ #bristoluni #alumniukm #phdstudent #malaysia #CapCut

♬ suara asli – Gany_abanit – GeryGany

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan rasa kagum dengan kecekalan Izzah menuntut ilmu sambil bekerja sebagai tukang cuci yang dianggap bukan sesuatu yang mudah.

Semoga Allah selalu mudahkan urusan awak…

Selain berkongsi pengalaman mereka sebagai tukang cuci semasa melanjutkan pelajaran, mereka juga turut menjadikan Izzah sebagai inspirasi supaya sentiasa merendah diri meskipun berpendidikan tinggi.

Saya pun keturunan tukang cuci yang berpelajaran

Kerja macam ni sebenarnya buat kita jadi rendah diri

Tidak dinafikan PhD bukan mudah ditambah lagi dengan kerja sambilan sebagai tukang cuci dah membuktikan bahawa kecekalan yang kuat dalam menuntut ilmu dan mencari rezeki.

Sumber: TikTok @ildsyf

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hanya kerana mematahkan pemadam rakan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli yang baru, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup menjadi pemuas...

Spotlight

Selepas sah bercerai pada Jumaat lalu, heboh di media sosial berikutan kandungan keputusan cerai Ria Ricis dan Teuku Ryan sekali gus memaparkan punca perpisahan...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam insiden yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid sehingga mendatangkan kecederaan...

Sukan

Pemain bola sepak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim atau mesra disapa sebagai Mickey disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama malam, semalam....

Advertisement

Hakcipta Β© 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd