Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Buat Pembedahan Lagi, Lucinta Luna Idam Suara Persis Agnez Monica

Selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna membuat pembedahan pita suara kali kedua kerana mengimpikan suara persis penyanyi, Agnez Monica.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Lucinta meminta orang ramai untuk mendoakan agar proses pembedahan pita suara yang dilakukan di Thailand berjalan dengan lancar.

Foto: IG Lucinta Luna

“Mohon doa dan sokongan daripada semua, semoga pembedahan pita suara kali kedua ini berhasil,” katanya.

https://www.instagram.com/p/C5qNCmTyqEH/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Difahamkan, pempengaruh berusia 35 tahun itu sudah berbincang dan meluahkan hasratnya kepada doktor untuk memiliki pita suara mirip Agnez Monica.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sudah berbincang dengan doktor agar pita suara saya sama seperti Agnez Monica. Setelah pembedahan ini berhasil, saya akan mengeluarkan single terbaru dengan suara setanding Agnez,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lucinta turut menyatakan bahawa dia bercadang untuk mengeluarkan lagu terbaharu sekiranya pembedahan tersebut berjaya.

Foto: IG Agnez Monica

Selain berdoa supaya urusan pembedahan tersebut dipermudahkan, Lucinta juga berhasrat untuk melangkah ke peringkat antarabangsa dengan suara baharunya.

“Saya akan ke peringkat antarabangsa. Semoga Allah memudahkan pembedahan kali kedua saya,” jelasnya

Terdahulu, personaliti media sosial ini pernah menjadi bualan hangat apabila dia memuat naik video pertunangannya dengan seorang jejaka dikenali sebagai Alan, namun hubungan mereka dikatakan putus pada Oktober tahun lepas.

Sumber: Instagram Lucinta Luna

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd