Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi? DBKL Tak Kompromi, Kompaun Kakitangan Sendiri!

Seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan kompaun selepas didakwa membuang sampah dari kenderaan rasmi jabatan dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan tindakan itu diambil susulan siasatan segera yang dijalankan selepas menerima aduan berkaitan satu hantaran tular di platform Threads yang mendakwa insiden berkenaan berlaku pada 21 Jun lalu.

Menurut DBKL, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan telah memanggil kakitangan terbabit untuk mendapatkan penjelasan serta menjalankan semakan lanjut berhubung kejadian itu.

“Hasil tindakan tersebut, kakitangan berkenaan telah dikenakan kompaun mengikut Seksyen 47(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” kata DBKL dalam satu hantaran di Facebook.

DBKL menegaskan pihaknya sentiasa menitikberatkan aspek integriti, disiplin dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada warga kota.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Warga Asing Jual Jagung Depan KLCC? DBKL Sahkan Video Tular Rakaman Lama!

Katanya, sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej organisasi tidak akan dikompromi, malah tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa.

“DBKL akan terus memastikan pematuhan terhadap peraturan dan tatakelola kerja diperkukuhkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd