Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Brendan Gan Sah Tinggalkan Selangor FC

Pemain tengah negara, Brendan Gan sah tinggalkan kelab Selangor FC selepas bersama dengan skuad ‘Gergasi Merah’ itu selama empat musim.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Selangor FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Brendan atas usaha kerasnya mempamerkan aksi cemerlang untuk skuad tersebut.

https://www.facebook.com/watch/?v=1300435257463510

“Terima kasih kepada Brendan atas kepimpinan, semangat, keberanian, kerendahan hati yang menjadi lambang inspirasi kepada kelab ini.
“Brendan memegang jawatan sebagai ketua pasukan ini dan telah melalui semua kejayaan dan kesusahan bersama kami.
“Kisah kita akan sentiasa menjadi #ForeverRed. Brendan Gan Seng Ling, terima kasih,” kata kenyataan berkenaan.

Sepanjang berkhidmat dalam Selangor FC, Brendan telah membuat sebanyak 80 penampilan dengan 75 daripadanya beliau diturunkan dalam kesebelasan utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Juara Dunia Formula Satu, Lewis Hamilton Sah Sertai Ferrari

Selain itu, pemain kacukan Malaysia-Australia itu telah menjadi ketua pasukan kepada hampir kesemua perlawanan yang dia sertai.

Brendan Gan sah tinggalkan Selangor FC

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Brendan juga telah menyumbangkan 14 jaringan serta memberikan bantuan jaringan sebanyak 12 kali bersama Selangor sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Selangor FC

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd