Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bolivia Negara Pertama Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Israel

Bolivia menjadi negara pertama putuskan hubungan diplomatik dengan Israel susulan konflik yang berlaku diantara Zionis dan Hamas, dengan kerajaan sayap kiri negara Amerika Selatan.

Menurut laporan Reuters, keputusan itu diumumkan pada sidang akhbar pada petang Selasa (31 Okt) oleh María Nela Prada, seorang menteri dalam pentadbiran Presiden, Luis Arce.

Bolivia putuskan hubungan dengan Israel

Artikel lain: Tak Akan Berdiam Diri, Yaman Isytihar Perang Terhadap Israel

“Kami menuntut dihentikan serangan di Semenanjung Gaza yang setakat ini telah meragut lebih 8,000  nyawa orang awam dan menyebabkan pemindahan secara  paksa penduduk Palestin,” katanya.

Timbalan Menteri Luar Bolivia, Freddy Mamani Machaca pula menegaskan pendirian itu diambil bagi menentang tindakan Israel yang tidak henti melakukan serangan teerhadap Palestin sehingga menjejaskan nilai kemanusiaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada minggu lalu, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva mengkritik Israel mengenai kekejaman mereka yang tidak mempunyai belas ihsan terhadap penduduk Palestin yang terkorban terutamanya kanak-kanak dan wanita.

“Hanya kerana Hamas melakukan tindakan serangan terhadap Israel, ia tidak bermakna Israel perlu membunuh berjuta-juta orang awam yang tidak bersalah di Gaza,” ujarnya.

Sekadar info, Bolivia sebelum ini pernah memutuskan hubungan dengan Israel pada 2009 selepas Zionis  menceroboh Semenanjung Gaza namun menjalin semula hubungan pada 2020 di bawah Presiden sayap kanan, Jeanine Áñez.

Bolivia bukanlah negara Amerika Selatan pertama yang menyatakan kemarahan terhadap reaksi Israel terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Sumber: Reuters (Daniel Ramos)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd