Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

BNM Sedia Guna Instrumen Bagi Pastikan Pasaran Kewangan Malaysia Kekal Teratur

Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk menggunakan instrumen yang ada bagi memastikan pasaran kewangan
Malaysia kekal teratur dan terus berfungsi secara cekap.

Menerusi satu kenyataan akhbar, pernyataan itu telah disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 April 2024.

Foto: FB BNM

Kenyataan itu berkata, operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hal ini disokong oleh inisiatif berterusan yang sedang dilaksanakan bersama GLC, GLIC, syarikat korporat dan pengeksport untuk terus membawa masuk aliran dan mudah tunai ke dalam pasaran pertukaran asing.
“BNM telah mengadakan sesi libat urus dengan peserta pasaran kewangan, termasuk ketua operasi perbendaharaan, yang bersetuju bahawa sebarang ketidakpastian akan berkurang dan menjadi stabil apabila keadaan ketegangan geopolitik semakin reda,” katanya hari ini.

Foto: The Star

BNM terus memantau keadaan pasaran kewangan dengan teliti dan akan menguruskan sebarang risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan.

Sumber: Facebook BNM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd