Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

BERSIH Selar Tindakan KPKT Salur RM5.21 Juta Di Daerah Hulu Selangor Menjelang PRK KKB

BERSIH selar tindakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas penyaluran RM5.21 juta kepada penduduk di daerah Hulu Selangor menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Memetik laporan Harian Metro, penyaluran itu jelas melanggar garis panduan yang digariskan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengenai pilihan raya yang bersih.

Foto: Berita Harian

Jawatankuasa  Pemandu BERSIH berkata pengumuman itu melanggar garis panduan Larangan 3C – tidak bersyarat, tidak berkempen tidak bawa calon yang telah digariskan BERSIH sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 yang lalu kepada kerajaan bukan sementara, seperti Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam konteks PRK.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, peruntukan khusus kepada Kualau Kubu Bharu itu juga melanggar prinsip ‘tidak berkempen’ yang mengaitkan peruntukan kerajaan dengan sokongan politik.

“Tindakan ini juga boleh dianggap sebagai usaha membeli undi dan menggunakan pengaruh yang tidak wajar kerajaan terhadap pengundi di Dun Kuala Kubu Bharu yang akan mengundi 11 Mei depan.
“BERSIH mengambil serius akan pengumuman menjelang PRK Dun Kuala Kubu Bharu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Foto: The Sun

“Seperti dilaporkan media, Nga Kor Ming turut menyeru penduduk balik kampung dan meminta mengundi parti yang ‘baik, prihatin, progresif’ walaupun tidak menyebut mana-mana parti politik dalam kerajaan,” katanya.

Pada Khamis, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Peruntukan itu bertujuan untuk menambah baik infrastruktur awam di bawah kelolaannya untuk kesejahteraan penduduk sekitar Hulu Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut KPKT, peruntukan itu membabitkan 14 projek bernilai RM4.82 juta yang akan dilaksanakan oleh MPHS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

BERSIH selar tindakan KPKT salur RM5.21 juta ke Hulu Selangor

Foto: Free Malaysia Today

Daripada jumlah itu, sebanyak RM4.16 juta disalurkan melalui MPHS manakala RM664,000 pula disalurkan kepada MPKK di Hulu Selangor.

Susulan itu, BERSIH menggesa Kerajaan menghentikan amalan yang bercanggah dengan prinsip perlawanan politik atas padang yang sama rata dalam pilihan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“BERSIH melihat pelanggaran terhadap etika pilihan raya bersih dan adil oleh parti Kerajaan Madani sendiri dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.
“Ia akan terus menghakis keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap sistem pilihan raya dan proses demokrasi di negara ini.
“Sekali lagi BERSIH menegaskan supaya diwujudkan sebuah garis panduan yang menyeluruh terkait etika kerajaan bukan sementara dan kerajaan sementara semasa tempoh pilihan raya yang bermula sebaik sahaja pembubaran Parlimen/Dun atau kekosongan kerusi untuk dikanunkan sebagai undang-undang.
“Ini supaya tidak berlaku salah guna sumber kerajaan dalam sebarang pengumuman peruntukan dan dasar kerajaan yang diamanahkan rakyat,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, BERSIH turut menegaskan mereka akan terus komited dan konsisten tanpa gentar dan berpihak kepada mana-mana parti politik semasa pilihan raya termasuk di PRK KKB tidak lama lagi.

“BERSIH juga akan menghantar Pemantau Pilihan Raya ke PRK Kuala Kubu Bharu bagi memantau keseluruhan proses pilihan raya agar tidak berlaku sebarang pelanggaran apa bentuk kesalahan pilihan raya serta proses berlaku dengan penuh adil dan bersih,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Rohaniza Idris)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu video memaparkan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang selamba jual burger Ramly di tepi jalan sehingga menyebabkan netizen Malaysia berang. Menerusi...

Dunia

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100...

Filem

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit...

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd