Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Berjaya Tawan Puncak Mera, Luka Beku Punca Ratu Cantik Malaysia Kehilangan Jari Ketiga

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku.

Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur mencipta pencapaian kedua bagi ekspedisi pendakian dalam tempoh tujuh bulan meskipun kehilangan jari ketiga tangan kirinya akibat daripada luka beku.

Foto: Bernama

Difahamkan, Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu memberi cabaran buat wanita berusia 44 tahun ini memulakan perjalanannya dan berjaya ke puncak pada 11 April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain daripada pendakian puncak ini, Harveen juga pernah menawan Puncak Uhuru dengan ketinggian 5,895 meter yang terletak di Gunung Kilimanjaro, Afrika pada 24 September tahun lepas.

Foto: Bernama

Walau bagaimanapun, Harveen perlu menghadapi cabaran semasa pendakian Puncak Mera memandangkan suhu gunung berkenaan mencecah sehingga negatif 25 darjah Celsius.

Dalam pada itu, pemegang rekod ratu cantik pertama yang menakluki puncak Gunung Kilimanjaro turut menyatakan suhu di Puncak Mera terlalu sejuk dan beliau enggan mengingati peristiwa pahit terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia terlalu sejuk,” katanya setelah kembali ke Malaysia.

Meskipun memiliki pengalaman pahit, namun semangat Harveen tidak goyah untuk mendaki gunung lain pada Disember akan datang.

Foto: IG Harveen Kaur

Sekadar info, Harveen pernah membanggakan rakyat Malaysia setelah berjaya merangkul gelaran Mrs Malaysia World pada 7 September 2017.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Dunia

Seorang anggota pasukan pengaman Indonesia yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd