Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Suami Jahidah Tidak Mengaku Pukul Isteri Hingga Parah

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang merupakan bekas suami kepada wanita koma, Jahidah Nordin sekali lagi berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah hari ini atas dakwaan mencederakan isterinya dalam dua kejadian berasingan tahun ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, tertuduh, Rosmaini Abdul Raof mengaku tidak bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat dan memohon untuk dibicarakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Rosmaini didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya Nurfitri Moktar, 39, dengan menggunakan kerusi plastik dan getah paip di sebuah kediaman di Bandar Amanjaya di sini sekitar jam 5 petang pada 29 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa yang sama di lokasi sama pada 23 April kira-kira jam 9 pagi, kali ini dengan menggunakan penyangkut baju serta besi penyangkut langsir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain denda atau sebatan, dengan hukuman lebih berat jika melibatkan pasangan.

Foto: Kosmo! Online

Pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzana Abdul Rahim.

Pihak pendakwaan membantah jaminan atas alasan tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara serta masih berdepan kes lain yang hampir sama di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon supaya jaminan diberikan atas faktor tanggungan keluarga melibatkan dua isteri dan 11 anak yang masih bersekolah. Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan jaminan.

Hakim Najwa menetapkan 16 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam prosiding sama, mahkamah turut memerhatikan keadaan tangan kiri tertuduh yang berbalut. Rosmaini memaklumkan bahawa kecederaan itu berpunca daripada insiden ketika proses tangkapan sebelum ini.

Turut kelihatan hadir di mahkamah ialah abang kepada mangsa yang mengikuti prosiding tersebut.

Untuk rekod, Rosmaini kini sedang menjalani hukuman penjara 14 tahun di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan mencederakan Jahidah sehingga wanita itu koma pada 2021.

Hukuman itu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya baru-baru ini, selain arahan pembayaran pampasan RM25,000 kepada keluarga mangsa atau berdepan tambahan enam bulan penjara jika gagal berbuat demikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Norlida Akmar Idros)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd