Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dulu Pejuang Negara, Kini Bekas Komando Kuat Lawan Kanser  

Bekas Komando Kuat Lawan Kanser  

Seorang bekas komando dari Bangi, Mohd Azuan Asmuni, 40, terus menunjukkan semangat juang luar biasa selepas disahkan menghidap kanser pada 2023, walaupun berdepan pelbagai komplikasi kesihatan serius.

Azuan, yang sebelum ini aktif sebagai atlet triathlon dan ahli kumpulan sukan lasak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terpaksa menangguhkan aktiviti sukan kegemarannya bagi memberi tumpuan kepada rawatan dan pemulihan diri.

Beliau juga pernah memegang rekod individu pertama menawan Gunung Tahan dalam tempoh enam jam 29 minit serta mampu berlari tiga hingga lima kilometer setiap hari.

Isterinya, Salwani Suhaida Mukhtar, 46, berkata kehidupan suaminya berubah 180 darjah selepas diagnosis, tetapi Azuan tidak pernah berputus asa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suami pernah menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Ampang sebelum melalui proses transplan, namun mengalami komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, kencing berdarah, ulser dan selepas itu jangkitan kuman pada paru-paru.
“Semua jangkitan selepas transplan dikenali sebagai GvHD (Graft-versus-host disease) menyebabkan penglihatan suami menjadi kabur, pendengaran merosot dan tidak mampu berjalan jauh akibat sesak nafas,” kata Salwani kepada media pada Rabu, petik Sinar Harian.

Bekas Komando Kuat Lawan Kanser

Tambahnya, Azuan pernah ditidurkan selama tiga hari pada bulan Disember lalu akibat masalah paru-paru kronik yang serius.

Walaupun kesihatan Azuan merosot, termasuk penurunan berat badan dan perubahan kulit akibat kemoterapi, semangatnya tetap tinggi dan beliau tidak mengabaikan ibadah solat.

Tiga anak mereka yang berusia 10, lapan dan empat tahun menjadi sumber kekuatan utama suaminya.

“Sebagai isteri, saya pun tidak kuat sebenarnya tapi kena berlakon kerana siapa lagi yang boleh suami bergantung harap untuk pemeriksaan dan sebagainya.
“Anak-anaklah jadi kekuatan kami,” tambah Salwani.

Artikel lain: “Dia Pukul Kami..”- Surat Terakhir Pesakit Kanser Luah Derita Didera Ibu Tiri, Bapa Hanya Diam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain berjuang untuk diri sendiri, Azuan berkongsi pengalamannya di media sosial bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan, pemakanan seimbang, dan ketabahan menjalani rawatan.

“Saya cakap kepada suami yang dia memiliki pengalaman lawan kanser, pengalaman buat transplan.
“Mengapa tidak kongsinya kerana orang biasa tidak tahu mengenainya,” ujar Salwani.

Pasangan ini berharap kisah mereka dapat memberi inspirasi kepada pesakit lain supaya terus berjuang dan mencari kekuatan dalam apa jua keadaan.

Sumber: TikTok mohdazuanasmuni, Sinar Harian (Nurul Hidayah Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd