Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bas Terbabas Jatuh Gaung, 19 Orang Dilaporkan Selamat

Sebuah bas ekspres dilaporkan terbabas dan terjatuh ke dalam gaung yang berkecerunan lebih kurang 50 meter di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu pada Khamis.

Memetik laporan Bernama, Ketua Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid menyatakan 19 orang termasuk dua pemandu serta seorang konduktor yang terbabit dalam insiden itu dilaporkan selamat meskipun empat daripada mereka mengalami kecederaan  dan kini stabil di Hospital Lahad Datu.

Foto: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat

Dalam pada itu, Sumsoa berkata, kejadian berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu namun, beberapa orang yang menaiki kenderaan itu dikatakan berjaya menyelamatkan diri setelah terjatuh ke dalam gaung tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bas dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu ini terjatuh ke dalam gaung dengan kecerunan gaung itu lebih kurang 50 meter.
“Beberapa individu berjaya keluar sendiri daripada bas,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Foto: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat

Menurut laporan media malam semalam, seramai 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu serta tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Silam telah bergegas ke tempat kejadian seusai menerima panggilan berhubung insiden tersebut kira-kira jam 9.24 malam.

Foto: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd