Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baru Seminggu Kenal! Pasangan Dicekup Buat Maksiat Dalam Tandas Surau

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dikatakan baru seminggu mengenali seorang lelaki dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu di dalam tandas sebuah surau di sebuah kampung di Kilang Lama, awal pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, remaja yang tidak lagi bersekolah itu berkenalan dengan lelaki terbabit ketika bekerja di gerai nasi lemak yang sama sebelum menjalinkan hubungan.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk kampung mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati pasangan terbabit berada dalam keadaan berpakaian tidak lengkap.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lelaki berkenaan berusia 18 tahun dan berasal dari Sungai Kob, Karangan dan bekerja berniaga nasi lemak.
“Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati, dia dan pasangannya itu baru seminggu berkenalan di tempat kerja yang sama.
“Remaja perempuan itu pula berasal dari Changlun di daerah Kubang Pasu dan tinggal di Sungai Ular, di sini bersama ibu saudaranya,” katanya.

Menurutnya, penduduk yang berniaga berhampiran surau berkenaan mendakwa sering melihat pasangan itu memasuki kawasan surau terbabit, malah kejadian itu dipercayai berlaku hampir tiga kali pada lewat pagi.

Anwar Sharifuddin berkata, berasa curiga dengan perlakuan pasangan terbabit, orang awam kemudian membuat pemeriksaan sebelum menemui mereka berdua di dalam tandas surau.

“Orang awam kemudian memanggil pengerusi surau berkenaan dan memaklumkan kepada pejabat agama untuk tindakan lanjut.
“Hasil soal siasat mendapati, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau mahram dan disyaki berkhalwat,” ujarnya.

Beliau berkata, kedua-dua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki melakukan kesalahan berkhalwat.

Sumber: BH Online (Zuliaty Zulkiffli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 1,899 anak muda kini melangkah keluar dari kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan pengalaman baharu, keyakinan diri yang semakin kukuh serta...

Nasional

Dunia hari ini bukan lagi berdepan ancaman peperangan semata-mata. Serangan siber, perkembangan teknologi dan bencana alam juga boleh menggugat keselamatan sesebuah negara tanpa mengira...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuka ruang kerjasama industri pertahanan antara syarikat Malaysia dan Perancis menerusi beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi,...

Nasional

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tampil memberikan penjelasan berhubung cadangan transaksi melibatkan Boustead Plantations Berhad (BPlant) selepas perkara itu mendapat perhatian menerusi laporan media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd