Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Barang Peribadi Milik Pelajar UPSI Terkorban Di Gerik Dihantar Pulang Kepada Keluarga

Barang-barang peribadi milik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Gerik baru-baru ini telah dihantar semula kepada keluarga mangsa oleh pihak universiti dengan penuh tertib dan penghormatan.

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI mengambil inisiatif tersebut kerana prihatin terhadap nasib yang menimpa pelajar mereka serta bagi meringankan beban emosi keluarga mangsa.

Barang peribadi milik pelajar

@mummyyweenaa

Misi Penghantaran Barangan Arwah Penghuni Kolej Kediaman UPSI ke pangkuan keluarga masing-masing..😢 oleh pihak UCTC UPSI #keluargakolejkediamanupsi #jhepaupsi #upsimalaysia #kamibantusemampuyangboleh #misipenghantaran #semogaselamatsemuanya #takziahuntuksemuakeluarga #alfatihah

♬ Bila Waktu Tlah Berakhir – Opick

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Misi penghantaran barangan arwah penghuni kolej kediaman UPSI ke pangkuan keluarga masing-masing oleh UCTC UPSI,” ujar salah sukarelawan UCTC dalam sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Difahamkan, barangan tersebut akan terus ke rumah keluarga mangsa di kampung halaman mereka menggunakan lori universiti terbabit.

Antara barangan yang dihantar termasuklah pakaian, kenderaan seperti motosikal, serta dokumen-dokumen penting milik mangsa.

Artikel lain: Pemandu Van Dedah Teringat-Ingat Bau Harum Jenazah Penuntut UPSI -“Teramat Wangi”

Barang peribadi milik pelajar

Barang peribadi milik pelajar

Netizen sebak

Terima kasih orang baik

mudahkan urusan keluarga arwah

Terdahulu, media melaporkan 15 orang dilapor disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Upsi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @mummyyweenaa

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd