Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Saudara, Teman Lelaki Antara 3 Yang Ditahan Susulan Penemuan Rangka

Polis telah menahan tiga individu termasuklah bapa saudara dan teman lelaki seorang wanita yang hilang dikenali sebagai Bella susulan penemuan satu rangka manusia sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah.

Perintah tahanan reman 3 suspek

Memetik laporan dari Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memaklumkan yang  perintah reman dikeluarkan terhadap ketiga-tiga suspek sehingga 27 Januari ini.

“Perintah reman terhadap semua suspek berusia 24 hingga 39 tahun itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bapa Saudara, Teman Lelaki ditahan bantu siasatan

Dalam pada itu, beliau memberitahu yang bedah siasat terhadap rangka mayat sudah dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pagi tadi.

Sampel patologi daripada Jabatan Forensik HSI turut sudah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti si mati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Suami Mengaku Bunuh Isteri, Sakit Hati Sering Dituduh Curang

Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman memaklumkan yang ujian DNA terhadap sampel yang diambil di lokasi kejadian akan dilakukan secepatnya setelah sampel DNA dari ibu dan kakak Bella dianalisis.

Walau bagaimanapun, pihak polis belum membuat pengesahan berkenaan identiti rangka tersebut sama ada Bella ataupun bukan.

Setakat ini, penahanan ketiga-tiga individu berkenaan dipercayai memang ada hubung kait dengan penemuan rangka manusia yang tidak sempurna itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd