Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Suami Mengaku Bunuh Isteri, Sakit Hati Sering Dituduh Curang

Seorang suami mengaku bunuh isteri kerana sudah tidak tahan dituduh berlaku curang di rumah terletak di Dusun II Desa Cempedak Lobang, Kecamatan Seirampah, Kabuten Serdangbedagai (Serga), Indonesia.

Memetik laporan Tribun Medan, Kapolsek Firdaus, AKP Andi Sujendral memaklumkan suspek dikenali NM, 62 didakwa membunuh isteri, Erna Wati, 50.

“Suspek didakwa membunuh isteri kerana sakit hati akibat sering dituduh berlaku curang,”kata Andi Sujendral dalam satu kenyataan pada Isnin petang.

bunuh isteri

Difahamkan, suspek menamatkan nyawa isterinya yang juga suri rumah tangga dengan menjerut leher menggunakan kabel sepanjang 7 meter.

Sebaik sahaja menjerut leher isteri sehingga meninggal dunia, suspek kemudiannya menggantung mangsa dengan menggunakan kabel yang sama sehingga menampakkan mangsa membunuh diri sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek dikatakan telah mendapatkan bantuan ketua kampung sebelum menghubungi pihak polis.

“Sebaik sahaja polis tiba di lokasi kejadian, mayat mangsa telah diturunkan oleh suspek dan diletakkan di dalam bilik kelamin mereka.
“Keterangan awal pegawai perubatan, RS Sultan Sulaiman menyatakan terdapat kesan luka pada leher mangsa yang menyebabkan pihaknya menafikan ia akibat gantung diri,”jelasnya.

bunuh isteri

Artikel lain: Dipercayai Akibat Cemburu, Suami Bunuh Isteri Menggunakan Tukul Besi

Andi berkata, suspek mengaku telah membunuh mangsa dan pihak polis telah mengambil keterangan daripada saksi-saki.

Suspek didakwa di bawah pasal 340 subs 338 dari KUHPidana dengan ancaman hukuman minimal 20 tahun penjara dan maksimal seumur hidup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tribun Medan

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Dunia

Tentera Iran pada Sabtu mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas ia dibuka, ketika lebih sedozen kapal dagang sedang melalui laluan maritim...

Lokal

Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap rakan setugas dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd