Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bangladesh Tegas! Tolak Permintaan PBB Tambah Tanah Untuk Rohingya

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berdepan penolakan daripada Bangladesh selepas negara itu menolak permintaan untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya.

Negara itu sebaliknya menegaskan penyelesaian jangka panjang krisis itu ialah melalui penghantaran pulang ke Myanmar.

Menurut pegawai Kementerian Luar Bangladesh, PBB sebelum ini memohon kawasan tambahan bagi menampung pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar.

Bagaimanapun, kerajaan Bangladesh menolak permintaan tersebut dan mengekalkan pendirian bahawa penempatan baharu bukanlah penyelesaian terbaik, sebaliknya usaha perlu ditumpukan kepada repatriasi yang selamat, sukarela dan mampan ke negara asal mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu turut dibangkitkan semasa sesi taklimat oleh Utusan Khas Setiausaha Agung PBB bagi Myanmar di ibu pejabat PBB pada Jumaat.

Dalam ucapannya, Wakil Tetap Bangladesh ke PBB, Duta Salahuddin Noman Chowdhury menegaskan punca krisis Rohingya berpunca dari Myanmar dan penyelesaian berkekalan juga mesti dicari di negara tersebut.

“Bangladesh telah menempatkan hampir 1.2 juta Rohingya yang dipindahkan secara paksa selama hampir sedekad atas dasar kemanusiaan.
“Namun, krisis yang berlarutan ini telah mewujudkan cabaran besar dari segi sosial, ekonomi, alam sekitar dan keselamatan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran pelarian dalam jumlah yang besar untuk tempoh yang panjang memberi tekanan besar kepada komuniti tempatan dan sumber negara, sekali gus menjadikan penyelesaian segera sebagai satu keperluan mendesak.

Sejak tindakan ketenteraan di negeri Rakhine pada Ogos 2017, lebih 700,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, menyertai ratusan ribu pelarian lain yang telah berada di negara itu lebih awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika ini, Bangladesh menempatkan kira-kira 1.2 juta pelarian Rohingya di kem-kem sementara di Cox’s Bazar dan Bhasan Char, menjadikannya antara negara yang menanggung jumlah pelarian terbesar di dunia.

Pelbagai laporan sebelum ini menunjukkan kehadiran pelarian dalam tempoh yang panjang telah memberi kesan kepada kawasan hutan serta alam sekitar di Cox’s Bazar.

Kerajaan Bangladesh berulang kali menegaskan bahawa penghantaran pulang Rohingya ke Myanmar kekal sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap krisis berlarutan itu.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd