Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Balu Mangsa Pemandu Mabuk Dapat Pencen PERKESO Sepanjang Hayat – “Rasa Lega, Bolehlah Bernafas”

Balu mangsa maut pemandu mabuk berasa lega apabila kebajikan keluarganya terjamin melalui faedah pencen daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), lapor Free Malaysia Today.

Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, jaminan bayaran bulanan sepanjang hayat itu membolehkan dia menumpukan perhatian kepada masa depan dan pendidikan anak-anak yang sudah kehilangan tempat bergantung.

“Alhamdulillah, saya rasa sedikit lega dan bersyukur. Saya rasa suami betul-betul bertanggungjawab fikirkan keluarga…semua dia sediakan.
“Tadi saya tengok amaun (pencen), Alhamdulillah saya rasa bolehlah bernafas,” kata ibu tiga cahaya mata itu ketika ditemui selepas majlis penyerahan faedah itu di kediamannya di Shah Alam, hari ini.

Foto: Utusan

Menurut Nor Nadia, dia menekankan pentingnya pekerja dicarum dengan PERKESO dan menyeru majikan supaya tidak culas mendaftarkan pekerja bagi memastikan perlindungan masa depan mereka.

Selain itu, dia juga berkongsi rancangan untuk pulang ke kampung di Batu Kurau, Perak, selepas tamat tempoh edah sambil mencari pekerjaan yang membolehkan dirinya tetap memberi perhatian kepada anak-anak.

Sebelum ini, PERKESO mengesahkan waris kepada Amirul Hafiz Omar, 33, akan menerima bayaran bulanan RM2,888.17 sepanjang hayat untuk isteri, manakala anak-anaknya akan mendapat manfaat tersebut sehingga berumur 21 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media sosial

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed menjelaskan bahawa kepatuhan majikan arwah iaitu TVH Malaysia yang mencarum secara konsisten selama 15 tahun menjadi faktor utama yang membolehkan waris menerima kadar pencen penuh.

“Arwah merupakan seorang pekerja yang setia dan majikannya sangat bertanggungjawab.
“Carumannya penuh tanpa sebarang kekurangan, sebab itu kita dapat sediakan bayaran pencen penuh kepada waris bagi memastikan masa depan keluarga ini terbela,” katanya.

Malah selain pencen bulanan, PERKESO juga memberikan faedah pengurusan jenazah berjumlah RM3,000 serta menjamin bantuan pinjaman pendidikan untuk anak-anak arwah apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi kelak.

Foto: Media sosial

Terdahulu, arwah yang menunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad lalu maut selepas dirempuh kereta Honda City yang dipandu dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah.

Tertuduh, R Saktygaanapathy, 28, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang pada Rabu atas tuduhan membunuh sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Foto: Bernama

Sumber: Free Malaysia Today (Chia Wan Rou)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd